Posts

Showing posts from December, 2009

Coklat

Image
COKLAT bukan hanya pembangkit perasaan cinta tetapi coklat juga boleh meningkatkan kemahiran mengira dalam diri individu.Penyelidik dari Universiti Northumbria,United Kingdom, menjelaskan pengambilan coklat dalam menu harian dapat meningkatkan kemampuan otak dalam melaksanakan tugas yang berhubungan dengan angka. Kandungan flavanols didalam coklat berfungsi untuk meningkatkan aliran darah yg menuju ke otak. Jumlah flavanols ini dapat membantu melawan penurunan fungsi otak.Semakin tinggi kandungan flavanols di dalam tubuh bermakna kemampuan otak untuk bekerja dan mengira juga menjadi semakin baik.

petua

Image
Biji Apricot Vitamin b17 Mencegah kanser dan Penyakit kronik vitamin b17 boleh di dapati dari biji apricot… Apricot dipercayai berasal dari China yang mana buah ini telah ditanam sejak 4000 tahun yang lalu. Buah ini turut ditanam di India dan Tibet. Kaum Hunza yang tinggal di pergunungan Himalaya sebagai kaum yang berumur panjang, amat menghargai buah ini kerana kebaikan yang diberikan olehnya terhadap kesihatan mereka semenjak 1500 tahun dulu. Apricot juga terkenal sebagai makanan kesihatan oleh pengamal perubatan Greek sementara orang Rom pula mendedikasikan buah ini kepada Venus, dewi cinta mereka. Apricot telah diperkenalkan di eropah semasa zaman Alexander The Great. Apricot termasuk dalam kelas subasid. Asid ini boleh didapati ketika buah ini masih belum masak sepenuhnya. Keasidannya akan semakin berkurangan manakala kandungan gula nya akan semakin meningkat semasa buah ini dalam proses masak.Apricot merupakan buah yang berbij dan mengandungi pelbagai khasiat. Buah, biji, minyak

Khazanah Nasi

Image
UALA LUMPUR - Iskandar Malaysia akan menjadi lokasi kepada kemudahan studio produksi media bersepadu yang dikenali sebagai Pinewood Iskandar Malaysia Studios (PIMS) bernilai RM400 juta. Khazanah Nasional Bhd. menerusi anak syarikat milik penuhnya, Beserah Ventures Sdn. Bhd. dan Pinewood Shepperton Plc. dari Britain memeterai perjanjian muktamad untuk membangunkan kemudahan berkenaan. Projek tersebut merangkumi keluasan 32 hektar, kata Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar pada majlis pelancarannya di sini semalam. Jelas Azman, kemudahan canggih ini dijangka dibuka pada awal 2013. PIMS dijangka membawa masuk faedah ekonomi dan sosial yang signifikan kepada Iskandar Malaysia dan negara, katanya. "Ia diunjurkan menyumbang kira-kira RM1 bilion kepada kesan ekonomi dalam tempoh lapan tahun akan datang, mewujudkan 3,000 pekerjaan langsung dan 5,000 pekerjaan tidak langsung setahun," kata beliau. Pinewood Studios merupakan studio penggambaran filem terkenal seperti James B

Perang Dunia Ketiga

Image
Benarkah manusia sudah belajar daripada keruntuhan peradaban dan kemanusiaan selepas dua perang besar dalam sejarah moden dunia? Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua memberikan kemusnahan harta benda dan nyawa yang bukan kecil. Kedua-dua perang itu juga telah menghapuskan nilai peradaban. Perang sewajarnya memberikan pengajaran supaya manusia tidak mengulanginya. Biarpun perang menjadi satu anjakan bermulanya sejarah baru tetapi perang tidak pernah meninggalkan pengalaman yang manis. Banyak ahli sejarah menganggap selepas abad ke-20 yang diwarnai dengan dua perang besar, tidak ada lagi perlumbaan memperagakan senjata dalam peperangan pada abad ke-21. Ini kerana manusia sudah belajar dan peradaban baru dijangka mengekang manusia menyelesaikan krisis di hujung senjata. Tetapi jangkaan ini tidak tepat, permulaan abad ke-21 telah dimulakan dengan serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York pada 11 September 2001. Serangan yang begitu terancang oleh sekumpulan penyerang d

Petua Sihat

Image
1. JANGAN BERLAPAR Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar ‘muscle’(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi 2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman. 3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum