Posts

Showing posts from January, 2010

Idaman Mujahid

Image
"Indahnya kalammu wanita solehah yang berjuang disisi mujahid soleh.... Seindah-indah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah...” Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini. Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah. ”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..” Wanita solehah idaman mujahid soleh yang malunya menjadi perisai dirinya, yang zikirnya menjadi penawar dirinya; tak gentar di acah mehnah duniawi kerana dia rindukan wangian syurgawi, dia berpegang pada janji yang terpatri di lubuk hati. Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi h

Motivasi untuk anda.

Image
Berikut adalah 12 pilihan kata-kata motivasi, keyakinan, kekuatan dalaman dan kata-kata yang boleh menguatkan kekuatan jati diri yang dipilih dari lebih 2000 kata-kata motivasi dan semangat. Bacalah dengan mata fikiran, dan biarkan setiap satu darinya memberi kekuatan dan semangat kepada anda. Cuba hayati maknanya: 1. Esok jadi tahun – Jika anda boleh lakukannya sekarang, ambilnya dan – Buat! 2. Apa yang anda hendak takutkan? 'Ahh.. tidak tahulah saya boleh lakukannya atau tidak', mungkin itu yang anda kata. Baiklah. Itu bukan bermakna anda 'tidak boleh', itu hanya bermakna yang anda hanya tidak tahu bahawa anda boleh lakukannya atau tidak. Jadi bagaimana untuk tahu anda boleh buat atau tidak? Anda lakukan sahaja! Ayuh, sahabatku – Lakukannya!! 3. Adakah kamu sebatang pokok yang memerlukan 'hutan'? Atau, kamu mahu berdiri sendirian? 4. Di mana kamu bermula bukanlah satu isu – di mana kamu berakhir…ya. 5. Biar diri kamu yang sebenar menyinar - "Dan diri