Posts

Al Fatihah.

Image
Al-Fatiha In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful (1) All the praises and thanks be to Allah, the Lord of the 'Alamîn (mankind, jinn and all that exists). (2) The Most Gracious, the Most Merciful (3) The Only Owner (and the Only Ruling Judge) of the Day of Recompense (i.e. the Day of Resurrection) (4) You (Alone) we worship, and You (Alone) we ask for help (for each and everything). (5) Guide us to the Straight Way. (6) The Way of those on whom You have bestowed Your Grace, not (the way) of those who earned Your Anger (such as the Jews), nor of those who went astray (such as the Christians). (7)

~~Doa~~

Image
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM... Ya Allah, sebagai mana Engkau pernah menghantar burung² ababil untok menghancurkan tentera bergajah musrikin. maka kami memohon padamu Ya Allah, turunknlah bantuan mu kali ini kepada orang² Islam di Palestin, hancurkanlah rejim zionis sedahsyat dahsyatnya ..Amin Ya Robal Alamin

Idaman Mujahid

Image
"Indahnya kalammu wanita solehah yang berjuang disisi mujahid soleh.... Seindah-indah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah...” Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini. Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah. ”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..” Wanita solehah idaman mujahid soleh yang malunya menjadi perisai dirinya, yang zikirnya menjadi penawar dirinya; tak gentar di acah mehnah duniawi kerana dia rindukan wangian syurgawi, dia berpegang pada janji yang terpatri di lubuk hati. Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi h...

Motivasi untuk anda.

Image
Berikut adalah 12 pilihan kata-kata motivasi, keyakinan, kekuatan dalaman dan kata-kata yang boleh menguatkan kekuatan jati diri yang dipilih dari lebih 2000 kata-kata motivasi dan semangat. Bacalah dengan mata fikiran, dan biarkan setiap satu darinya memberi kekuatan dan semangat kepada anda. Cuba hayati maknanya: 1. Esok jadi tahun – Jika anda boleh lakukannya sekarang, ambilnya dan – Buat! 2. Apa yang anda hendak takutkan? 'Ahh.. tidak tahulah saya boleh lakukannya atau tidak', mungkin itu yang anda kata. Baiklah. Itu bukan bermakna anda 'tidak boleh', itu hanya bermakna yang anda hanya tidak tahu bahawa anda boleh lakukannya atau tidak. Jadi bagaimana untuk tahu anda boleh buat atau tidak? Anda lakukan sahaja! Ayuh, sahabatku – Lakukannya!! 3. Adakah kamu sebatang pokok yang memerlukan 'hutan'? Atau, kamu mahu berdiri sendirian? 4. Di mana kamu bermula bukanlah satu isu – di mana kamu berakhir…ya. 5. Biar diri kamu yang sebenar menyinar - "Dan diri...

Coklat

Image
COKLAT bukan hanya pembangkit perasaan cinta tetapi coklat juga boleh meningkatkan kemahiran mengira dalam diri individu.Penyelidik dari Universiti Northumbria,United Kingdom, menjelaskan pengambilan coklat dalam menu harian dapat meningkatkan kemampuan otak dalam melaksanakan tugas yang berhubungan dengan angka. Kandungan flavanols didalam coklat berfungsi untuk meningkatkan aliran darah yg menuju ke otak. Jumlah flavanols ini dapat membantu melawan penurunan fungsi otak.Semakin tinggi kandungan flavanols di dalam tubuh bermakna kemampuan otak untuk bekerja dan mengira juga menjadi semakin baik.

petua

Image
Biji Apricot Vitamin b17 Mencegah kanser dan Penyakit kronik vitamin b17 boleh di dapati dari biji apricot… Apricot dipercayai berasal dari China yang mana buah ini telah ditanam sejak 4000 tahun yang lalu. Buah ini turut ditanam di India dan Tibet. Kaum Hunza yang tinggal di pergunungan Himalaya sebagai kaum yang berumur panjang, amat menghargai buah ini kerana kebaikan yang diberikan olehnya terhadap kesihatan mereka semenjak 1500 tahun dulu. Apricot juga terkenal sebagai makanan kesihatan oleh pengamal perubatan Greek sementara orang Rom pula mendedikasikan buah ini kepada Venus, dewi cinta mereka. Apricot telah diperkenalkan di eropah semasa zaman Alexander The Great. Apricot termasuk dalam kelas subasid. Asid ini boleh didapati ketika buah ini masih belum masak sepenuhnya. Keasidannya akan semakin berkurangan manakala kandungan gula nya akan semakin meningkat semasa buah ini dalam proses masak.Apricot merupakan buah yang berbij dan mengandungi pelbagai khasiat. Buah, biji, minyak ...

Khazanah Nasi

Image
UALA LUMPUR - Iskandar Malaysia akan menjadi lokasi kepada kemudahan studio produksi media bersepadu yang dikenali sebagai Pinewood Iskandar Malaysia Studios (PIMS) bernilai RM400 juta. Khazanah Nasional Bhd. menerusi anak syarikat milik penuhnya, Beserah Ventures Sdn. Bhd. dan Pinewood Shepperton Plc. dari Britain memeterai perjanjian muktamad untuk membangunkan kemudahan berkenaan. Projek tersebut merangkumi keluasan 32 hektar, kata Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar pada majlis pelancarannya di sini semalam. Jelas Azman, kemudahan canggih ini dijangka dibuka pada awal 2013. PIMS dijangka membawa masuk faedah ekonomi dan sosial yang signifikan kepada Iskandar Malaysia dan negara, katanya. "Ia diunjurkan menyumbang kira-kira RM1 bilion kepada kesan ekonomi dalam tempoh lapan tahun akan datang, mewujudkan 3,000 pekerjaan langsung dan 5,000 pekerjaan tidak langsung setahun," kata beliau. Pinewood Studios merupakan studio penggambaran filem terkenal seperti James B...